Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

Memoir; Harapan

My third cerpen after Jasmine & Kirana Umaira.  Just an excerpt!!   Mungkin malam tak selamanya gelap dan siang tak selamanya terang. Mungkin?! Tak siapa yang tahu, kan? Di balik skrin lappy, wajahnya terpapar. Dalam kelam malam itu, matanya meliar ke serata tempat. Sticky notes yang ditampal di dinding bertentangan menganggu fokus matanya. Bukan kerana nota-nota itu. Tapi kerana sekeping fotokopi. Perlahan-lahan mata dia jatuh tertutup. Nafas berat dilepas seperti beban yang dipikulnya akan ringan begitu sahaja. Tapi mungkin dia silap, beban tetap beban. Yang berat menghempap tubuhnya. Mungkin dia perlu ubat dan tidur yang cukup. Sebab dia sangat letih. Letih sangat sangat. Don't lose hope or be sad --------Excerpt-------- BashMike 141218

Kirana Umaira II

Imej
Life is a journey from Allah to Allah. “Kirana,” “Ya, kenapa?” “Bonda..,” handphone yang berada ditangannya hampir terlurut kebawah. “Kenapa dengan bonda?” “Bonda kemalangan,” ----- “Kirana Umaira?” mata terpejam rapat. Tak mampu rasanya apabila menghadap semua orang dengan diri aku yang macam ni. Belum masanya. Aku masih belum sedia. “ Am I dreaming ?” mata terbuka dan memandang lelaki yang berdiri menghadapku. Dia masih merenung aku dengan pandangan tujuh tahun dulu. Pandangan dendam yang tidak aku pudar. “Mana bonda?” aku terus menanya soalan tanpa menjawab soalannya. Dia masih diam. “ Where is bonda , Taqif?” suara cuba ditekan. “Dia lagi dalam bilik ICU,” aku diam terduduk dikerusi ruang menunggu. **--*** “Kirana,” “Hmmm,” “Bonda...,” “Bonda meninggal,” And life is a circle. ---- “Puan Sumaiyah telah mewasiatkan syarikat dan rumah anak yatim miliknya dengan cik Kirana,” Encik Jonathe senyum pada aku. Rahang ditahan daripada jatuh. “ What ...

Kirana Umaira;

Imej
Bismillah... Kaki dihayun keras ke arah kantin sekolah. Mata-mata yang memandang hanya dibiarkan. Lantak dia oranglah nak pandang aku macam mana. Macam tak pernah pandang manusia. “Cik,  sandwich  satu,” perempuan tua yang bertudung merah memandang aku. Terkejut. Terkedu. Mata dia terjengil jelas tidak senang cara pemakaian aku. “ Fashion  apa kamu pakai ni?” mak cik tu tanya. “ Fashion  aku. Suka hati akulah,” aku menjawab. “Kamu Islam?” tanya mak cik tu lagi. Giliran mata aku yang terjengil. “Ya,” lambat-lambat bibir mengiyakan. “Kenapa tak pakai tudung?” mak cik tu ambil  sandwich  dalam kotak besar dihujung sudut kantin. Jelas wajahnya kecewa memandang aku. “Kalau aku pakai tudung, tak ke hipokrit?” mata mak cik tu membulat. Tak sangka  mungkin mendengar jawapan aku. Tapi betul, aku pakai tudung hanya cuma untuk menutup aib aku. Dan aku memutuskan untuk membiarkan tudung itu bersama labah-labah di dalam almari. “ Astaghf...