Kirana Umaira;
Bismillah...
Kaki dihayun keras ke arah kantin sekolah. Mata-mata yang memandang hanya dibiarkan. Lantak dia oranglah nak pandang aku macam mana. Macam tak pernah pandang manusia.
“Cik, sandwich satu,” perempuan tua yang bertudung merah memandang aku. Terkejut. Terkedu. Mata dia terjengil jelas tidak senang cara pemakaian aku.
“Fashion apa kamu pakai ni?” mak cik tu tanya.
“Fashion aku. Suka hati akulah,” aku menjawab.
“Kamu Islam?” tanya mak cik tu lagi. Giliran mata aku yang terjengil.
“Ya,” lambat-lambat bibir mengiyakan.
“Kenapa tak pakai tudung?” mak cik tu ambil sandwich dalam kotak besar dihujung sudut kantin. Jelas wajahnya kecewa memandang aku.
“Kalau aku pakai tudung, tak ke hipokrit?” mata mak cik tu membulat. Tak sangka mungkin mendengar jawapan aku. Tapi betul, aku pakai tudung hanya cuma untuk menutup aib aku. Dan aku memutuskan untuk membiarkan tudung itu bersama labah-labah di dalam almari.
“Astaghfirullahalazim!! Pakai tudung tu wajib, nak,” mata dijuling keatas. Mak cik sorang ni. Ikut suka hati akulah nak pakai aku. Aku ni bukan anak dia. Malah tiada siapa yang akan tanggung dosa aku.
“Budak yang ber‘title’ Islam kat luar sana tak pakai tudung pun? Disekolah mereka pakai tudung. Dekatluardah terbang kena sapu angin. Mereka cuma tunjuk baik. Bukan ke pakai tudung tu wajib?” kening terangkat tinggi. Mak cik tu terdiam.
“Tak ke hipokrit bila pakai tudung di sekolah tetapi kat luar sana terus terbang tak tau mana dah perginya tudung tu,” sandwich aku dihulur.
“Mak cik cuma nasihatkan,nak. Kita ni saudara Islam. Jangan sampai kamu tak kenal tuhan kamu lagi,” sandwich disambut dan bayangan mak cik itu menghilang ke dalam dapur kantin.
*****
Lantai tandas dipandang sebelum beralih pada baldi merah disebelah. Mop yang berada di tangan kanan dimasukkan kedalam baldi yang berisi air detergen. Al kisah, aku letak lipas dalam beg Natasha dan aku dikesan oleh kawan rapat dia, Anne. Anne pulak lapor dekat Cikgu Ismali dan I get punishment. Sehari ni dia tak berani sentuh beg kesayangan dia. Muaahahaha….Padan dengan muka dia. Siapa suruh cari pasal dengan aku.
Derap kaki kedengaran memasuki tandas. Wajah masih tak terangkat daripada mengemop lantai. Dua pasang kasut tersembul daripada pandangan stereoskopik aku.
“Alahai, kesiannya,” suara yang ala-ala mat saleh baru belajar bahasa melayu tu bersuara. Poyo.
“Tak patut kita kesiankan dia. Anak kutip patut buat benda macam ni,” tangan aku terus berhenti daripada menggoyangkan batang mop.
“Dia terasa, weh!” si Anne mengejek. Kalau sabar aku dah hilang, mau terbang kayu mop ni atas kepala dia orang.
“Biarkan dia. Memang betul cakap you tadi Anne. Entah-entah, mak kandung dia pelacur,” zapp... Dia orang mengekek ketawa. Wajah diangkat merenung mereka.
“Eh, dia pandang kita,” ketawa mereka bersambung kembali.
“Bila masa I pandang you all. I pandang boys yang korang semua kata killing smile tu,” mata dituju keluar mengarah mereka memandang keluar. Wajah mereka berpaling laju. Aku menjuling mata.
Sungguh meluatkan bila cakap macam minah saleh kena celup melayu. Aku senyum keji memandang mereka yang asyik mengusya the boys tu. Thank you, boys! Sebab datang tepat pada masa. Aku ketawa syaitonirojim dalam hati. Muahahahaha....
Pcrrrrr....
“Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh,” bergegar satu sekolah bila dua ekor Pontianak ni mengilai. Eh, menjerit! Aku pun dah tersilap. Memang betul, suara mereka persis pontianak.
“What the hell are you doing?” jerit Natasha.
“Just nak mandikan korang yang busuk hati ni. Bagi bersih sikit,” baldi masih tersidai di tangan selepas menyiram Natasha dan Anne pakai air mop. Mata dua ekor Pontianak mencerun.
“You...,” mata dia orang ditentang keras oleh aku. Tak ada perasaan gentar sedikit pun. Wajah Anne dan Natasha berubah rona.
“What?” kening diangkat memberi ruang Natasha untuk sambung ayatnya yang tergantung.
“You just wait and see,” ketawa aku pecah.
“Okay, baby!” laju dua Pontianak tu keluar dari tandas. Dasar perempuan sundal.
*****
“Kau buat apa tadi?”
“Apa?”
“Jangan buat tak tau. Aku tau apa yang kau buat tadi,”
“So, kenapa tanya kalau dah tahu?” mata lelaki dihadapan mencerun.
“Awek aku tuuu!!” wajah aku tak berubah riak. Toya. Lelaki dihadapan dah buka aura naga nak mengembus api.
“So?” toya aku menjawab.
“Sekali lagi kau buat macam tu..,” okay, api dia dah nak keluar.
“Aku report kat sana,” dan api tu sememangnya panas.
“Do I care,” laju kaki melangkah jauh dari sang naga yang nak buka pencak silat dia tu. Tak boleh dipegang betul awek dia ni. Rambut yang jatuh di dahi dibawa kebelakang.
*****
“Hey, Kirana,” Habib dari belakang menegur. Wajah dipaling ke arah dia.
“Padia?” tangan kanan masih mengurut dahi dan kanan kiri memegang kertas kerja math.
“Chill la babe,” dia sengih.
“Kau nak apa?” Habib tarik senyum sampai telinga.
“Tiru boleh?” tangan kirinya menunjuk kertas math ditangan.
“Boleh aje. Mai aku tengok kertas kau dulu,” aku sengih sambil ambil kertas math dia. Dia hanya membiarkan.
“Oh senang je ni,” kertas math yang baru separuh ditulis dipandang atas bawah atas bawah.
“Aku tiru kau,” bibir aku menarik senyum mendengar dia bersuara.
“Ni jawapan dia,”
Srekkkkkk.....
Kertas math dia tadi bercerai kepada dua. Mata dia membulat.
Srekkkkk....
Dan sekali lagi tangan ini mengoyak kertas math kepada empat. Budak-budak sekelas yang meandang hanya jeda.
“Bro, macam mana nak pandai kalau kau asyik meniru,” kertas tadi digumpal. Habib masih terkaku macam terkena sumpah jadi batu. “Oh lupa, kau nak jawapan tadi kan?”
“Ni jawapan kau,” kertas tu dibaling ke arah mukanya.
“Selamat sejahtera, cikgu,” selamat Cikgu Hasnan masuk. Alamak, kerja math aku belum habis. Habib dijeling dengan hujung mata. Wajah dia merah padam. Mungkin marah. Mungkin malu. Biarkan.
“Semua letak hasil kerja math diatas meja sekarang,”
*******
Darah masih berkumpul ditapak tangan. Setiap perkataan yang keluar dari mulut Cikgu Hasnan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tangan yang baru dirotan dipandang sekilas sebelum kembali pada padang sekolah.
Habib.
Dia kena pusing satu Sri Jaya lima kali berselang dengan push up sepuluh kali di padang sepak takraw. Aku pulak tak pernah langsung rasa bersalah dengan apa yang aku buat tadi. Biarlah dia berdendam ke apa. Sebab apa? Sebab aku lebih suka orang benci aku.
Aku ada empat tahun kat sekolah ni. First day, aku masuk sekolah ni, banyak jari menunding dan melabelkan aku sebagai ‘perempuan murahan’. Dengan sebab aku tak pakai tudung. Weh, korang ingat aku ni sampai ke tahap tu ke? Aku masih suci lagilah.
Menunding jari dengan memandang kesalahan orang pandai, tapi diri sendiri macam tak ada usaha nak ubah. Masih sama aje dengan perangai menunding jari pada salah orang lain. Luar sekolah, terus hilang tudung. Terus capai kunci motosikal dan terus merempit. Terus tersepit sebatang rokok dicelah jari. Terus nak berpeluk-peluk bagai bila dah ada masa untuk spend dengan ‘partner’ yang tak tahu betul ke jodoh mereka.
Oh please, kalau nak tunjuk diri tu baik, boleh blahlah. Man, I hate it!!
*******
“Hey, Kirana,” pekat English-Malay dia menegur. Tak boleh cakap melayu straight ke? Lima tahun kut dia tinggal sini. Mata naik ke atas.
“Padia?” meja makan yang lenggang tu mulai bising dengan dua suara riuh pontianak ni.
“Rileks laa,” tangan kanan Natasha melingkar dibahu. Fish ball yang baru nak masuk mulut terkeluar balik kedalam plastic semula.
“Weh, demam eh?” terperasan ada lagi mata memandang ke arah kami.Petanda tak baik.
“Tak adalah,” mata naik lagi pada senior tingkatan lima ni. Dia orang senyum.
“Kirana...,” bahu aku diusap lembut.
“Nah,”
Benda-benda yang macam tali berserabut tu jatuh di atas rambut. Mata membulat.
“Woiiiiiiiiii,” suara aku naik serentak badan aku berdiri sendiri kesan daripada tindak balas. Bihun goreng berterabur disekeliling dan tubuh aku sekali.
“Thank you for waiting, bitchoss,” darah laju naik ke pipi. Natasha dan Anne menghayun langkah meninggalkan aku yang dah berapi. Sekeliling hanya bunyi ketawa. Bunyi dendam dan ada juga kasihan memandang aku. Mata naik pada mata yang dah lama memerhati kami. Aku tenung dia tajam.
Mata menyinar seakan berbicara. Puas?? Dia memandang dengan senyum sinis. Seperti membalas.
‘Not at all!!’
*****
Towel masih melekat pada rambut. Mata masih tertacap pada kertas ditangan. Heh, siapa yang psycho sangat bagi surat berantai ni? Dengan darah bagai. Aku tak takutlah.
‘KAU TAKKAN LAMA HIDUP’
Kertas direnyuk dan dilempar ke arah luar tingkap. Kepala siapa entah yang kena ketuk dengan kertas tu. Aku tak kesah pun.
“Kau kena mandi dengan mee eh?” Ellina merangkap rakan sebilik aku bersuara. Dia budak tingkatan 3 Mercury. Budak pandai.
“Ya,” sepatah perkataan tu keluar tanpa memandang dia.
“Kau nak aku debik dia?” perlahan-lahan wajah aku diangkat memandang budak yang berkaca mata tebal tu.
“Tak payah,”
“Jangan buat baik dengan aku,” perlahan lidah aku menutur. Dia tersengih.
“Mana adaaa,” dan dia hilang dari pandangan. Pelik. Dia tak rasa benci ke bila satu bilik dengan aku? Tak rasa nak mengkritik aku bila aku tak pakai tudung? Mungkin juga dia sebenarnya memang tak judgemental. Mungkin.
******
‘Tolong saya angkat barang dekat dalam bilik stor pukul 3 petang ni. -MDM. JUNE,’
Kertas biru sebesar tapak tangan tu ditenung lama. Kenapa aku pulak? Kenapa tak suruh ketua kelas, Fariz tu? Kenapa aku? Fariz pun asrama jugak.
Pergi ajelah Kirana.
--------
Mangga stor yang separuh terbuka dibuka. Kunci ditarik keluar. Nota didepan pintu stor dipandang sekali lagi.
‘Saya ada hal sekejap. Kamu ambil 10 batang badminton. Letak dekat atas meja kantin -Mdm. June,’ kertas tu ditarik sambil tangan kiri memulas tombol pintu.
“Uhukk.. Uhukk,” gila banyak habuk. Mau asma akudibuatnya. Mata meliar disegenap rua ngserentak kaki dihayun masuk. Ini kali pertama aku masuk stor ini. Tapikan...
Takkan aku sorang aje bawa sepuluh batang badminton? Gila hapa?
Pap....
Serentak seluruh badan aku berpusing kearah pintu yang dah bertutup rapat.
Tap...
“Woiiii,” tombol pintu dipulas dan ditarik. Darah terasa hilang dari muka.
“Woiii, jangan main-main,” tombol cuba dipulas dan ditolak lagi.Air liur terasa payah untuk ditelan. Apa yang ada di dalam fikiran cuba ditepiskan.
“Woiiiiiiii,” tombol pintu ditarik kuat. Diterajang. Ditolak. Dan hasilnya tetap sama. Hanya cat-cat lama yang jatuh turun seperti snowfall. Oh my god!!
Aku dah terkunci.
******
Jam tangan dipandang resah olehnya. Katil disebelah masih lagi tak bertuan.
“Medina,” Medina berpaling dari buku sains dan kertas nota dia memandang Ellina.
“Hmmm..,” kening Medina diangkat tinggi memberi ruang untuk dia bercakap.
“Dah pukul lapan malam ni,” kuku digigit menunjukkan rasa gelisahnya.
“Then?Asal kau macam hilang anak ni?” ball pen diletakkan atas meja. Matanya memandang Ellina yang dari tadi mundar mandir tak tahu nak pergi ketimur atau ke barat. Kepalanya digeleng perlahan.
“Kirana..,” budak rambut boy cut yang free hair tu kenapa? Cari bala lagi?
“Dari tadi dia tak balik-balik,”
“Dia tolong Cikgu June ambil barang dekat stor. Aku dengar dari budak asrama yang sama form dia tu,” Medina cuba mengingat balik. Tangannya ditongkat memandang El yang mundar mandir.
“Bukan ke Madam June bawa budak oral speaking hari ni?” Ellina pandang Medina. “Ye tak yelah,”
“Dah pukul lapan ni. Gila apa dari pukul tiga tak muncul-muncul,” mata bergerak mengikut arah pergerakan Ellina.
“So?”
“Kau ni. Dia budak form one kot. Tak fasih lagi dengan selok-belok sekolah ni..,”
“Dah bulan tiga takkanlah dia tak ingat? Lagipun dia selalu kena hukum pusing Sri Jaya ni kot,” Medina membantah. Nampak sangat dia annoying dekat budak tu.
“Iyelah. Tapi ni dah pukul lapan malam. Tak hairan ke dia tak balik lagi. Selalunya dia balik pukul lima cenggitu,” kepala Medina condong kekiri. Memikir. A’ah!!
“Cari dialah,” masing-masing mencapai tudung untuk membalut aurat yang patut ditutup.
“Beri tau warden tak?” Medina memberi cadangan.
“Entah. Lagipun..,” Ellina terus menggeleng dihujung ayatnya.
“Apa apa ajelah,”
------
Malam semakin membaham cahaya yang menyelinap masuk kedalam bilik stor. Dingin malam semakin menajam kedalam epidermis kulit. Rambut masih jatuh bersama peluh keresahan.
“Woiiii,” suara aku semakin sukar untuk bergetar. Dengki sangat ke sampai nak kurung aku dalam stor ni?
“Macam mana aku nak keluar dari sini?” perut makin kuat berdendang. Rasa sengal pada badan amat meletihkan aku. Aku letih.
Letih dengan semuan ni.
****
“Kirana,” dahi terasa memberat.
“Kirana,”
“Ni bagi aku buat,”
“Hisyh, kau ni,”
Pcrr...
Laju mata terbeliak. Menampakkan dua wajah yang tersembul dari penglihatan.
“Woi, jahatlah kau,” Ellina tolak bahu Medina kasar sehingga gadis itu hampir jatuh dari katil aku ni.
“Bangun juga dia kan?” Medina menjegilkan mata kearah Ellina sambil mencapai tuala dibirai katil.
“Iye..iye,” tuala diletak di atas ribanya.
“Kau tak apa-apa?” hah?
“Aku kat mana?” dua wajah saling berpandangan sebelum memandang aku kembali.
“Bilik,” Ellina menjawab. Badan aku terus menegak 90 darjah. Tuala basah dikepala jatuh ke riba. Bukan ke aku dekat...
“Kitorangcari kau tadi. Dah malam, kau masih tak balik-balik,” o...kay!
“Asal kau boleh terkunci dalam stor?” Medina pula bersuara. Bibir digulum kedalam.
“Aku tak tau,”
“Aku masuk dan pintu stor tu terus kena kunci,” dua wajah itu berpandangan lagi. Kening Ellina bertaut manakala kepala Medina condong kekiri.
“Mungkin orang dengki sangat dengan kau kot. Iyelah, perangai kau serupa hantu kot,” laju Medina mengemukakan apa yang ada dalam kepala dia serentak selepas itu lengan dia terus kena tolak Ellina. Mata Ellina membesar.
“Apa?” mata Medina turut membesar.
“Agak-agaklah nak direct sekalipun,” mata Ellina mengarah kearah aku,
“Aku dah biasa pun dengar macam tu. Aku tak kesah. Memang perangai aku macam hantu,” aku mencelah antara dua orang rakan yang tak habis habis berdebik depan aku. Wajah mereka memandang aku dengan pandangan kelat.
“Tak payahlah buat baik dengan aku. Korang memang tak patut buat baik dengan aku,”
“Mana ada kami buat baik,” laju Ellina menjawab sebelum Medina yang nak meletup menjawab.
“Apa bezanya?”
“Banyak bezanya,” tangan El jatuh pada riba Medina. Menenangkannya.
“Whatever,” mata dijuling tanda tidak mahu meneruskannya. Berbelit-belit. Bikin otak aku jadi busut. Ellina dan Medina berbisik. Kening bertaut.
“Kau mandi dulu. Mesti panaskan? Aku dengan Medina jumpa warden jap,” mereka berdua berdiri dikiri kanan aku.
“Warden tahu eh?” mereka geleng. Eh?
“Kami mintak kunci stor dengan dia sebab barang tertinggal,” kepala mengangguk. Fuhh!!
“Kau dah makan?” Medina yang hampir hilang dari balik pintu hanya tersembul kepala dia.
“Belum,”
“Okay,” dua orang alien itu hilang dari radar. Fuhh...
----
“Nah,”
“Mana korang curi ni?” satu mangkuk yang berisi mee maggi dihulurkan kearah aku. Ellina duduk dibelah kanan sambil menghirup meenya manakala Medina masih berdiri tegak di sebelah kiri.
“Ambillah panas ni,” Murdiah mengarah serentak duduk dibelah kiri katil. Tangan menyambut hulurannya.
“Suruh Cikgu Madiana buat tadi. Susah juga nak mengayat dia. Mee maggi tu pulak beli dengan Vee, budak form two,” mata terjengil. Erhh, janggal!
“Ingat kau aje lapar, kami pun lapar,” Medina pandang aku.
“Apa lagi tercegat kat situ. Cepat makan. Nanti mangkuk tu kena hantar balik,” o...kay! Punggung dihempas duduk diantara mereka.
“Korang tak pergi prep?” dua kepala itu menggeleng.
“Roommates lain dah pergi. Takkan korang tak pergi?” mata meliar pada enam katil yang kosong. Hanya tiga katil masih ada tuannya disini. Dorang menggeleng kepala lagi. Pelik. Budak pandai kot. Takkan ponteng prep.
“Kirana, kami ni tak ada kesempatan nak ponteng prep. Dan kesempatan yang dah dianjurkan oleh pihak warden ni perlu digunakan sebaik-baik mungkin,” rahang bawah terasa nak terjatuh. Mereka diam balik menikmati mee maggi masing-masing.
Aku pandang mee maggi yang masih mengeluarkan asap nipisnya. Dah lama aku tak makan dengan ‘kawan’. Dan kini, keadaan ni teramat janggal.
Mungkin ada kalanya aku perlukan ‘kawan’. Heh!
------
“Aku dengar cerita kau malam semalam,” riak wajah aku masih beku. Sudu yang dipegang menguis-nguis mee goreng yang masih belum disentuh lagi.
“Bonda tau?” mata aku yang tak beriak apa-apa langsung memandang ke wajah Taqif dihadapan.
“Tak,”
“Nak aku bagi tau?” asal budak ni tetiba baik sangat. Mata aku kembali pada mee dimeja. Baik ada makna. Baik yang nak menjahanamkan aku.
“Kalau aku bagi tau, mugkin life kau baik lagi kot,” tangan kiri aku mengurut dahi. Tasha dimeja lagi hadapan merenung aku tajam. Erghh!
“Mungkin kau boleh rasa life kau masa kindergarten dulu. Seronok bila ada orang jaga,” dia senyum sinis. What the fish! Aku hidup macam dulu. Tak sanggup! Dikawal ketat macam perdana menteri oleh bodyguard bonda. Tak dapat imagine keseksaan itu. Terkongkong gila hidup aku masa tu.
“And kau happy bila aku dah dikawal lagi?” dia mengangguk tak bersalah.
“Of course, babe!” babe?! Mata dijuling ke atas.
“Awek baru eh, Taqif?” pengawas lelaki berhenti dan duduk disebelah dia. Kepala digaru. Ni yang buat kepala aku pening.
“Budak ala-ala westernized ni,” pengawas itu pandang aku macam nak keluar biji matanya.
“On the way,” lelaki dihadapan aku tu dijeling aku lagi.
“Nah, makanlah kau,” plastik mee diangkat dan diletak dihadapan Taqif. Pengawas tu senyum.
“And one more thing, kau nak beritahu dengan orang sana, kau bagi taulah. Aku tak kesah pun,” sinis. Dia pandang aku tajam.
“I like you too, babe!” senyum sinis ditarik. Pengawas disebelahnya jatuh rahang.
<><>
Bzzzz..bzz..
Telefon diatas meja dicapai. Punat hijau ditarik. Tangan sebelah masih menyalin nota.
“Helo, sia..,”
“Assalammualaikum, Kirana,” erk?
“Wa’alaikumsalam, bonda! Kenapa?” suara aku berubah nada.
“Betul ke Kirana teperangkap dalam stor?” dia bagi tahu betul-betul dengan bonda. Nafas berat dilepas.
“Iya,”
“Kiranaaaa, kenapa boleh jadi macam ni?” kepala digaru. Aku pandang Ellina yang tengah mengemas begnya untuk ke prep. Masih awal untuk dikemas.
“Tak ada apapalah bonda. Saya okay,” air liur ditelan. “Mana boleh tak ada apapa,”
“Nanti bonda cuba cara mana-mana bodyguard untuk jaga Kirana, ya sayang!” pen jatuh ke dada kertas.
“No,” Ellina, Jidah, Qillah dengan Medina pandang aku hairan. Kepala aku kembali menghadap buku seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
“Kirana jangan de..,,”
“Please bonda,” suara aku melirih. Aku tak nak hidup terkawal lagi. Sekurang-kurangnya aku kat asrama ni bolehlah hidup bebas sedikit.
“Sayang..,”
“Bondaa, please faham saya. Saya dah besar bukan budak kecik lima tahun yang perlu diperhati twenty four hours,” jari telunjuk dan ibu jari tangan kanan mengurut dahi.
“Bonda nak sayang bonda selamat,”
“Bonda, sekali ni aje. Saya nak jadi budak biasa,” dan aku membohong pada ayat terakhir.
“Iya, sayang! Sekali ni aje peluang yang bonda bagi,” fuhhh.. Syukur!!
“Thanks, Bonda!”
“You’re welcome, sweetie,”
----
Aku melangkah keluar daripada tandas. Kiri dan kanan aku pandang. Memastikan sesuatu. Jam terikat ditangan dikerling.masih waktu Sejarah. Bosan! Langkah terus dibawa kekiri. Ke hutan yang dipisahkan dengan pagar sekolah.
Papan lama dibelakang tandas dipijak. Boleh pakai alas duduk ni. Punggung dilabuhkan diatasnya. Belakang menyandar pada diniding konkrit yang dah lama.
Kepala dicondong kekiri memandang pokok besar didalam hutan sana. Poket baju kurung terus diseluk mengambil kertas. Cebisan kertas. Nafas berat dilepas sebelum aku hanyut kedalam hutan sana.
----
Badan berpusing 80 darjah. Laju tangan memulas dan menarik tombol. Pintu yang ditahan dari luar terbuka seinci. Mata membesar.
Habib.
Dan pintu ditutup laju.
Tap...
---
“Habib Sulaiman,” nama itu disebut perlahan. Kenapa aku perlu fikir sangat tentang benda tu? Kepala digaru tanpa sedar.
Cebisan kertas math Habib yang dikoyak aku dulu termasuk dalam buku teks math aku dan aku jumpa masa buat ulangkaji untuk exam.Kertas tu dibelek. Ni bab pecahan.
Habib! Jahat sangat ke aku sampai kau buat aku macam ni. Pernah aku berasa kesal bila buat semua orang terus membenci aku.
Untuk kebaikan aku jugak daripada terus di caci di buli. Ketika aku baru lima tahun, aku kena pukul sampai kepala aku benjol sebab kena buli. Dan sebab itu bonda upah bodyguard untuk jaga aku. Kawan-kawan aku dulu lari sebab takut dengan aku.
Bagi aku, mereka hanya tahu judge bila tahu siapa sebenarnya aku. Aku bukan minta dijadikan anak angkat tapi aku waktu tu masih baby. Masih tak tau apa-apa. Perlukah semua benda ni dituding kearah aku? Perlukah setiap kesalahan diletak pada diri aku?
And now, aku tak tau aku anak siapa. Aku hanya berbintikan Abdullah. Kekadang rasa pinginkan keluarga kandung dan berbintikan siapa. Live like a normal person do.
It’s just a impossible dream, huh!
Dalam keluarga bonda, hanya bonda yang sayang aku sebab dia tiada suami. Aku rasa aku ni alien yang tak patut pun muncul dalam keluarga ntahsapa. Adik bonda, Bonda Ayu juga tak sukakan aku sebab aku yang buat kandungan dia gugur sehinggakan suami dia curang. Dramatic sungguh! But aku memang tak tau pun dia mengandung. Serious!!
Abang dan kakak ipar bonda iaitu ayah dan ibu kepada Taqif Alif terima aku seadanya. Bonda bagitaulah. Tapi, diaorang meninggal sebab kemalangan dan Taqif ketika itu masih lima tahun. Kesian tu memang ada sebab hati aku belum hitam lagi sampai tak ada belas kasihan. Ha! Ha!
Tapi kejap aje aku kasihankan dia. Sebab apa? Sebab sikap dia! Dia kata, sebab munculnya aku, ayah dan ibunya meninggal. Aku pembawa sial. Weh, hebat! He so annoying. Hipokrit depan semua orang.
“Baik mana pun hidup, mesti ada yang cemburu. Dan buruknya hidup, mesti ada yang mengubah. Isn’t it?” ayat Ellina malam dulu. Hidup ni dikeliling haters dan good person, bukan?
And it is the circle of life.
“Hahhahaha...,” aku yang tenggelam dalam hutan sana tersentak ke dalam realiti. Siapa mengilai?
“Janganlah,” apa tu? Aku berdiri serentak itu. Kaki dihayun kearah belakang tandas lelaki. Dan aku beku disitu.
Natasha. Taqif. Kaki terasa pegun seperti pegunnya bongkah kayu dalam eksperimen sains. Taqif mengunci pergerakan Tasha dengan kedua belah tangannya melekap didinding. Tangan Tasha masih melingkar pada leher Taqif. What the hell he doing?!
“I love you, baby,” wajah mereka merapat dan...
Terus aku berpaling kebelakang dan dan melangkah jauh dari situ.
The unexpected can do the bloody thing than what we imagine, right?!
---
Kepala disembam kedalam celahan tangan yang disilangkan diatas buku. Kepala tepu dengan segala formula matematik. Rasa nak muntah hijau kat sini. Tak tahan. Kerusi dihadapan terasa ditarik dan perasaan aku mengatakan ada seseorang yang sedang memerhati aku.
“Assalammualaikum,” kepala aku digosok seseorang. Kepala diangkat sedikit. Siapa yang main gosok kepala orang ni.
“Wa’alaikumsalam,” aku menjawab salamnya sambil merenung perempuan yang menarik senyum itu. Kening terangkat.
“Hi, saya Arjuna. Kirana Umaira kan?” dia ketawa kecil. Kepala aku terus menegak. Arjuna? Nama lelaki?
“Kuat betul belajar sampai tak ingat asar dah lama masuk,” jam dikerling terus. Dia ketawa kecil lagi sambil meneliti sekeliling library yang lengang.
“Saya faham yang tak lama lagi exam pertengahan tahun. Tapi, janganlah stress sangat,” tangannya menongkat dagu. Bibirnya tersungging senyum nakal. She’s cute but not too pretty.
“Saya dari form one dulu dapat nombor dua puluh cenggitu. Banyak D dan tak pernah ada A langsung. Tapi yang hairannya, saya belajar. Tak pernah missed pun baca dan buat nota,” Arjuna buat muka sedih. “Tetap juga dapat nombor dua puluh cenggitu,”
“Kau kelas mana?” dia senyum bersama lesung pipit didagu. “4 Science 2,” wajah aku berubah riak.
“Kelas budak pandai tu. Takkan tak dapat score,” dia ketawa kecil.
“Kelas pandai tak semestinya semua pelajarnya score penuh,”
“Then, kau dapat nombor berapa exam awal tahun?” bibir diadigulum kedalam dan selepas itu dia ketawa.
“Alhamdulillah, dapat nombor enam aje,” aje?! Top ten kot.
“A?”
“Five A’s,” kening dia terangkat sedikit. Bagi aku tu dah cukup cemerlang untuk push dapat lagi empat.
“Nak tau rahsia?” kepala mengangguk perlahan. Dia senyum lagi. Dan aku mengaku dia sangat peramah.
“Dekatkan diri dengan Allah SWT,”
“Kekadang kita dah cukup kuat berusaha, tapi kita lupa yang kita ada tanggungjawab sebagai seorang Islam,” nafas dia ditarik perlahan.
“Ustazah Jamilah ask questions to us, why the students nowadays must take their responsibility as a muslim and why we must get blessings from the knowledge gained. Then, kami semua terdiam,” dia melepaskan nafas dia perlahan.
“Setiap yang diajar ustazah tu buat saya rasa tersentap. Macam kena perli, kena sindir. Dan perlahan-lahan saya belajar agama walaupun ada setiap orang menafikan dan menidakkan apa yang saya buat. Semua tu saya letak belakang untuk push saya kedepan untuk terus maju tanpa menoleh walaupun berat manapun beban dibahu. Usaha itu perlu ada dan InsyaAllah, the natijah must be good,” dia pandang aku lembut.
“Kau tak kesah ke dengan budak free hair macam aku?”
“Tak. Siapalah saya nak judge orang. Biar Allah yang judge kita,” dia diam sejenak. Seakan mengira-gira sesuatu di dalam kepalanya.
“Nak dengar satu cerita ni tak?”
“Apa?”
“Kisah nabi,” dia senyum lagi.
“Pada zaman Rasulullah S.A.W dulu, tinggal seorang pengemis buta dihujung pekan dan dia suka memburuk-burakkan baginda. Tapi, Nabi tak pernah pun jemu untuk menyuap makanan kepada pengemis tu setiap pagi. Sehinggalah suatu hari setelah beberapa hari Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar menanya kepada puterinya, Saidatina Aisyah ‘Apakah sunnah Rasullah yang aku belum lakukan lagi,’ dan Saidatina menjawab ‘Menyuapi makanan kepada pengemis yang buta dihujung pekan’.
Saidina Abu Bakar turun kepekan untuk melakukan perkara yang sama. Dan pengemis itu berkata ‘Ini bukan orang yang sering menyuapiku. Orang yang sering menyuapi aku akan menghalusi makananku supaya aku mudah untuk menguyah,’ Saidina Abu Bakar menangis dan lalu berkata ‘Bahawasanya orang yang sering menyuapimu adalah Rasulullah S.A.W yang sering kau hina’. In the end of story, pengemis tu memeluk Islam dihadapan Saidina Abu Bakar sendiri,”
“In the nutshells, jangan jemu buat benda baik walaupun seteruk manapun tentangan yang kita dapat,”
“Walaupun, siapapun kita. Seteruk manapun kita?” Arjuna tersenyum mendengar pertanyaanku.
“Jangan malu dan ego untuk buat baik walaupun seteruk mana pun kita, gelap mana pun masa lalu kita..,” dia geleng kepala. “Jangan malu untuk berubah dan jangan terlalu ego untuk menolak kebenaran,”
“Dalam konteks ini, malu dan ego itu membunuh manusia dalam diam. Sebab dua benda tu, ramai orang yang dulunya putih kian hitam, yang dulunya cantik kian hodoh,”
“Ego and your shame will kill you slowly,” mata Arjuna seakan menyelami anak mata aku dan terus menghayati.
“Arjun,” kepala Arjuna laju berpaling pada budak perempuan yang tengah menyapu lantai library. Librarian ke? Asal baju putih. Bukan ke hijau?
“Ed, Berani kau memanggil aku dengan nama Arjun eh. Ada apa?” yang namanya Ed sengih.
“Yan bagi tau aku, yang mak kau dah sampai,” serentak itu laju Arjuna berdiri. Jamnya dikerling.
“Lupa pulak aku,” dia berlari kehadapan dan mencapai begnya yang berada di dalam stor buku. Aku hanya memerhati.
“Aku esok tugas bila?” Arjuna juga Librarian?! Yes, she is!
“Rehat,” tak berperasan Ed menjawab. “Okay, Assalammualiakum, Bro!”
“Wa’alaikumsalam,” Ed mengagguk. Arjuna yang baru melangkah beberapa tapak berpaling ke arah aku.
“Kirana, ingat apa yang saya pesan tadi. Assalammualaikum,” Arjuna berpaling dan melangkah meninggalkan library.
“Wa’alaikumsalam,”
-----^----
Langkahnya dibawa ke gate sekolah dengan senyuman.
“Spread your magic in the air,” suara seseorang yang pernah bagi dia motivation hingga dia boleh dan mampu untuk berubah. Dan siapa sangka sekarang dia dah boleh dan mampu untuk pandang dunia tanpa malu dan segan. Siapa sangka miracle yang selama ini dia tak percaya, boleh terjadi pada dirinya.
“Alhamdulillah, I know she will be a great Muslimah one day. InsyaAllah,” dia berbicara didalam hati.
Kirana Umaira...
Arjuna tersenyum sebelum kereta ibunya berhenti dihadapan dia.
Allah is all we have and all we need.
--**---
Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini bertelanjang jiwanya
Apa kau cari sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama
*^**^*^
“Bonda?”
“Assalammualaikum, sayang,” jarum jam berhenti berdetik. Beg yang dibimbit sejak tadi jatuh.
“Wa’alaikumsalam,” apa yang tengah terjadi? Kenapa bonda.. Bonda berubah?
“Kenapa bonda pakai jilbab?” air liur dipaksa menuruni trakea walaupun terasa berpasir.
“Responsibility,”
Dan entah sejak akhir-akhir ini, terasa sesuatu menyeru. Terasa diri ini sayu. Terasa diri ini rindukan sesuatu. Terasa diri ini dah pikul sesuatu beban yang berat.
“Why are you staring at Qalilah’s bed?” Ellina menyentak lamunan yang dah berada pada dua hari lalu. Apabila aku jumpa bonda yang dah memakai jilbab.
“Nothing. Just wanted to know something that is long gone,” mata lama merenung katil Qalilah yang diatasnya terhampar satu tikar hijau. Sejadah! Ellina juga memandang katil tersebut.
“Nak tau tak?” Ellina dipandang.
“Even lama mana kita hilang dan jauh mana kita sekarang, jalan pulang tetap menunggu, no?” Ellina senyum.
“Even farther you are now and how hard it is, you still have a way to change yourself. Dia tetap menanti kita untuk sampai ke jalan Dia. Sebab dengan Dia, kita lahir dan dengan Dia kita kembali,”
“Sesuatu yang indah bila kita berjaya jumpa jalan pulang. Sangat indah sampai suatu ketika budak dua belas tahun berjaya jumpa jalan pulang selepas sekian lama ibunya meninggal,” Ellina memandang siling menahan sesuatu yang hampir gugur.
“Dan dia sangat kesal even umur dia masih muda, dia rasa terlalu lewat bagi dia untuk jumpa jalan itu. Jalan yang ibunya inginkan untuk anaknya sebelum ibunya menutup mata untuk kali terakhir,” dia ketawa dalam rasa pahit dan manisnya.
“El, budak tu kau?” aku menunduk. “No one can be perfect, bukan!?”
“I have something for you,” handphone di poket kardigen dia seluk.
“Buka share it,” aku menurut.
“The song is inspiring to find the missing,” dia senyum sebelum mencapai beg sandang dia.
“Assalammualaikum,”
“Wa’alaikumsalam,” Ellina hilang dari bayangan.
Everybody has written their own story. Ibu jari menekan satu tajuk lagu.
Fynn Jamal - Tahu.
---*---
'Aku nak jumpa kau dekat koridor bilik MPV. Penting.'
Kening dan dahi aku berkerut serentak. Meja dihadapan dijeling. Kosong.
---
“Habib,” serentak itu, lelaki yang membelakangi aku berpaling dengan wajah tak beriak.
“Kau nak apa?” statistik aku menanya. Matanya ditentang.
“Kau tak ada apa nak cakap?” Habib pula menanya. Awkward sekejap. Nafas berat dilepaskan.
“I know what you did to me,” suara masih dalam mood formal. Dia tenung lantai.
“I felt it right before but..,” kakinya menguis lantai. Aku berpaling pada pemandangan dari tingkat tiga. Sebab hanya block ini yang bertingkat tinggi.
“It was...wrong,”
“But... I’m still angry with you,” bibir digulum kedalam. Habib turut sama berpaling ke arah mata aku berhenti.
“Tak teruk manapun salah aku sampai kau kurung aku hampir enam jam,” perlahan aku menutur. “Aku selalu kena hukum. Berlari satu Sri Jaya..,” padang Sri Jaya yang dipenuhi pasukan ragbi membuat latihan sesi petang aku pandang. Bayang-bayang aku berlari disitu seakan hidup. Hidup dalam imaginasi aku.
“Cuci tandas, push up enam puluh kali dekat padang takraw. Teruk lagi aku daripada kau. Kenapa kau harus hukum aku seteruk tu?” bibir digigit.
“Kau ingatkan aku sesuatu. Teruk sangat ke life aku? Salahkah aku berbintikan Abdullah sehingga aku nyaris mati sebab dibuli? Tak boleh ke manusia macam aku hidup kat dunia? Salahkah aku protect diri sendiri dengan defy all of you?” Habib memandang aku.
“Kenapa perlu kau defy all of us? Sedangkan cara kau tu lagi berisiko untuk kes buli,” tangan direhatkan pada pagar-pagar besi yang dah berkarat dan hampir reput. “Not at all. You know kan, aku ni kera sumbang,” aku ketawa perlahan.
“Tak semua nak nak dekatkan diri mereka dengan aku, kan?” Habib menarik senyum.
“I think... I ..have...reduced...my anger,” dia bersuara rendah.Eh, dia ke ni? Aku ketawa serentak berpusing dan menyandar pada pagar. Memandang pelajar yang lalu-lalang ke bilik muzik, MPV dan bilik robotik.
“But I’m still mad on you,” aku membalas. Mata aku mengecil kearah dia yang turut sama menyandar pada pagar yang hampir reput. Bibir tersungging senyum nakal.
“I’m sorry,”
“Apology accepted,” ketawa kami pecah. Dan...
Papp..
Rasanya semua berlaku dengan pantas bila pagar yang disandar kami jatuh ke bawah.
And the rest is history, bukan?!
--continuará--
Anak kutip bukan anak kepada seorang yang ‘dilabel’ murah, jalang atau sundal. Mereka juga makhluk Allah SWT malah yang jalang, yang murah dan yang sundal itu lebih baik daripada orang yang melabel dirinya baik. Ask yourself : Tepuk dada, ‘apa kau rasa?’, dan tanya selera dan ‘SAKIT,’ bukan?!
*and sorry untuk kata-kata kesat yang dikeluarkan
The monster of violence is going wild.

Ulasan
Catat Ulasan
Pull your bow strings for archery your comentto.